Saturday, November 9, 2013

OBJEKTIF BLOG

Salam hormat,

Sebelum ini memang ada pihak yang meminta saya mencari pembeli bagi lot-lot tanah pertanian mereka, khususnya bagi tujuan menternak burung walit. Saya dapati agak sukar juga buat saya sendiri untuk menyemak kedudukan iklan berkenaan. Saya juga percaya anda diluar sana juga sukar untuk nampak iklan atau peluang berkenaan.

Bagi menambah baik cara saya mengiklankan lot-lot berkenaan, kini saya menyediakan satu blog khas bagi tujuan ini. Blog ini saya pautkan kepada blok induk (www.walitkewalet.blogspot.com).

Jika anda diluar sana ingin meletakkan iklan lot-lot tanah pertanian milik anda atau pun rakan anda di blog ini, saya alu-alukan juga. Anda perlulah menghantar maklumat tanah berkenaan melalui e-mail. Jika boleh sertakan gambar-gambar yang sesuai bagi mengukuhkan lagi iklan berkenaan.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment