Thursday, November 14, 2013

TIGA LOT TANAH DI TALANG TANJUNG IPOH KUALA PILAH UNTUK DIJUAL

Salam hormat,

Ada 3 lot tanah untuk dijual. Dua ekar setiap satu

Status Tanah: Rezab Melayu.

Lokasi Tanah: Kg Talang, Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan. Jika daripada Seremban, sampai pekan Tg Ipoh masuk simpang kiri. Setelah jumpa sekolah Kebangsaan Talang, lot tanah tersebut hanya 3 kilometer daripada situ.



Keadaan Lot: Lereng bukit dan berhadapan dengan empangan air SAINS.


                          Lot Pertama Yang Sudah Di Buatkan Tapak


                           Kelihatan Empangan SAINS Di Belakang

Dua lot tanah lagi berada bersebelahan (hadapan kiri gambar di atas) tetapi tidak dibuat apa-apa lagi.

Jalan masuk ke lokasi tanah: ada.

Ujian Walit: Saya telah membuat ujian kehadiran walit di atas tapak ini, semasa pemanggilan tidak kurang daripada 400 ekor walit datang. Pada hemat saya tempat ini amat sesuai untuk dibina RBW.

Harga Lot: Lot di atas (gambar) ialah RM85K/Seekar. Manakala dua lot yang lain RM40K/ekar. Jika pembeli berminat untuk memperolehi ketiga-tiga lot sekali gus, harga boleh dirundingkan.

Jika berminat: Sila hubungi terus pemilik tanah berkenaan iaitu Tuan Hj Ghazali di talian, 013-6206302

Skian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, November 9, 2013

OBJEKTIF BLOG

Salam hormat,

Sebelum ini memang ada pihak yang meminta saya mencari pembeli bagi lot-lot tanah pertanian mereka, khususnya bagi tujuan menternak burung walit. Saya dapati agak sukar juga buat saya sendiri untuk menyemak kedudukan iklan berkenaan. Saya juga percaya anda diluar sana juga sukar untuk nampak iklan atau peluang berkenaan.

Bagi menambah baik cara saya mengiklankan lot-lot berkenaan, kini saya menyediakan satu blog khas bagi tujuan ini. Blog ini saya pautkan kepada blok induk (www.walitkewalet.blogspot.com).

Jika anda diluar sana ingin meletakkan iklan lot-lot tanah pertanian milik anda atau pun rakan anda di blog ini, saya alu-alukan juga. Anda perlulah menghantar maklumat tanah berkenaan melalui e-mail. Jika boleh sertakan gambar-gambar yang sesuai bagi mengukuhkan lagi iklan berkenaan.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun